Selasa, 18 Ogos 2009

FaKtA TeNtAnG HaNtU..

Kajian sains kuantum dapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif, alah kepada cahaya Oleh Nasron Sira Rahim FILEM Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita - hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi. Ketika kebanyakan pihak diganggu perasaan takut dan seram hanya sekadar membicarakan perihal makhluk ghaib itu, ramai antara kita tidak menyedari bahawa kajian sains dan teknologi menemui beberapa sifat dan ciri kelemahan jin dan hantu. Berbeza dengan ahli agama, penyelidik cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan hantu dan jin daripada sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita! Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; semuanya berasas. Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap kurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin! Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang. Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda. Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema,? katanya yang menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun. Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi. Dr Norhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian. Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang ?idak sihat? mampu memberikan kesan terhadap ?nimasi kehidupan? seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri. Kesan pada sistem tubuh secara fizikal pula boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun. Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin,? katanya yang mengusahakan kaedah rawatan menerusi syarikat Colour Vibration Therapy (CVT). Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu. Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih. Bagi saya gangguan hantu tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga murni dan suci, berlaku. Walaupun pada peringkat awal rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya keadaan akan kembali seperti asal. Sebaiknya untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa,? katanya. Katanya, berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan menyebabkan pasangan tidak mendapat anak. Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang jin daripada rahim isteri. Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kala jengking dan permata terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air mandiannya,? katanya. Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita bayangkan, tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai. Kami menciptakan alat radionik iaitu teknologi merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam badan,? katanya. Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari adalah benar. Hantu adalah gelombang tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar. Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar. Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia. Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan kurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya,? katanya. Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif. Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka,? katanya.

DoA PeLiNdUnG DiRi DaRi MaKhLuK HaLus...


..............................................................................................................Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A'war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya.
Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa, "Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A'war, Maswath dan Zalnabur."

VoLkSwAgEn KuNiNg...[PeNgAlAmAn Si KuRa..]



otw back to kl dari taiping,perak..konon2 nak takutkan sedare saye.kami cerita la pasal volkswagen kuning yang popular antara jalan utara-selatan.dekat bawah terowong tu..sape penah lalu die tau la.ceritanya dgr2 org kate,da lame da.sejak 1956.ntah betul ke x.si isteri yang curang bunuh si suami dgn kejam dan merampas volkswagen kuning milik si suami.disebabkan roh x aman suami yg ingin balas dendam kat si isteri dan rampas volkswagen kuning tu balik...tp x tau la cerita ni..tgh lepas2 dok cerita tu,saye pusing belakang nak amek barang.ttibe abg saye yg tgh drive tu jerit "ha,tu volkswagen kuning!"perghh..mase tu kami semua da cuak. abg saye potong kereta tu tp kami x berani nak tgk ade pemandu ke x dlm kereta tu..masing2 terdiam.mengucap panjang saye.yelaa,terkejut woo!tgh dok cerita2 tibe2 nmpk volkswagen kuning betul2.beetle lame pulak tu.tp bpk saye kate(ade dlm kereta lain),die nmpk jugak tp tgk ade pemandu la.org tua.huh..ntah la..tp lepas tu mmg kami senyap.takut pulak volkswagen tu potong balik sbb critenye kalau kite potong volkswagen tu jauh ke belakang.tp akan tibe2 volkswagen tu ada di depan kite...huh..seram betul malam tu.tp kereta byk.ALHAMDULILLAH xde pape berlaku..huhu..

BerHaTi-HaTi Di LeBuHrAyA UtArA SeLaTaN..

rohaizad samsudeen: AMARAN DARI PLUS HIGHWAY ! MOD MINTA LALUAN UNTUK KESELAMATAN ORANG RAMAI. Jika kereta-kereta ini menghampiri anda, cuba elakkan dengan melarikan diri ke tempat selamat, sebaik-baiknya ke Balai Polis berhampiran.ISWARA BIRU No. Pendaftaran WFK 6929 WHN 8719 BWB 9325 BEB 8734 BEB 8320 BEB 8323 PROTON WIRA No. Pendaftaran WKT 5371Kenderaan-kenderaan ter****t adalah kenderaan yang digunakan oleh penjenayah-penjenayah/ peragut/ pembunuh yang bergerak aktif di sekitar PJ dan Lembah Kelang. Tuan/ Puan diharap berhati-hati dan keselamatan anda tanggungjawab anda. Share the info Norlia Mohammad Legal and Secretarial Support Department PLUS Expressways Berhad Ext: 4911 (sila hubungi pihak terlibat utk kepastian). 2/10/06Hati-hati: Proton iswara silver JHE2006 terlibat cubaan mencuri kereta di Plentong Johor malam 2006

KiSaH SeRaM Di LeBuHrAyA...



KANGAR ¿ Seorang guru bahasa Arab, Mohd. Fitri Mohamad tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas.
Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis.
Tidak cukup dengan itu, Mohd. Fitri juga mendakwa keretanya terasa begitu ¿berat¿ dan beliau ternampak kelibat ¿lembaga¿ semasa berhenti di Padang Besar.
Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej ¿lembaga¿ dipercayai wanita berbaju merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.
Mohd. Fitri, 29, mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Shatini Shahidan, 28, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Shatini.
Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.
¿Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja,¿ katanya.
Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd. Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.
¿Saya sempat membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,¿¿ ujarnya.
Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya.
¿Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,¿ ujarnya.
Sementara itu, Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti
Malaysia Perlis (UniMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, dia tidak berasa sesuatu yang aneh.

AnNuAr..


ha..
yang ni pulak AnNuAr..
karakter dia macam seorang ustaz..
tu x boleh..
ni x baik..
kadang-kadang naik gila dibuatnya..
tapi dia seorang yang baik jugak la..
pada masa-masa tertentu la,,
haha..
Nuar, jangan x marah tau...

KaWaN-KaWaN



nie pulak kawan-kawan aku yang lain..

+FaRhAnA

+ALip

+SyAfIq

+BiErA

BiErA GeNdUt..


ha...
bila tengok dia ni aku mesti nak tergelak...
hahaha..
Biera ni la yang paling susah nak diramal..
bila ceria..
x keruan kitorang dibuatnya..
bila sedih..
kitorangx tahu nak buat ape?...

G-hA...



nie pulak G-Ha..

karekter die pulak baik..

eh...baik ke?

emm...boleh la..

hehe..

dia jugak seorang yang ceria...

AiNaA..


ha...yang ni lagi bahayo..
kadang-kadang garang tak bertempat..
habis semua orang yang duduk dekat dengan dia macam Hanis tu..
kesian, sampai lebam-lebam kena cubit dengan dia...
Aina..jangan marah ya..
gurau jew...

AiDa...



Ni pulak Aida..

dia ni Doraemon versi malaysia tau..

hehe...

dia ni sukar nak diramal..

kejap mood dia baik..

tapi kalau mood tengah tak baik tak dapat nak dibayangkan...

PiKa...


ha..
ni pulak Pika..
awas!! jangan sampai terserempak dengan dia ni..
haha..
dia pun okey jugak la..
Pika..jangan marah...

ZaTiE...


dia ni zatie..
zatie ni okey la..
tapi kadang-kadang cepat merajuk..
tapi senang jew nak pujuk..
hehe..

AmIr..


kalau nak tahu ni lah Amir...
dia ni okey jew..
cuma kadang-kadang dia ney pelik sikit..
tapi pelik-pelik pon dia kawan aku gak kan..

LiEyAnA...


Dalam hidup kita ini, ada 3 perkara yang membuatkan kita rindu:
1.-Perpisahan
2.-Kehilangan
#.-Berjauhan
Namun kerinduan itu mengajar kita erti keikhlasan dan kesetiaan...

IfFaH SyAhIdAh...


jikalau suatu hari nanti
kau terdengar kematianku
usahlah kau bersedih...
kerana,
aku berasa bangga dapat
mengenalimu sepanjang hayatku..
dan doakanlah aku
di sepanjang lena panjangku,
tidak pernah ku sesali
takdir yang menemukan kita..
dan kini takdir memisahkan kita
daripada segala ikatan kita di dunia...

PeNaNgGaL...



Kisah benar terjadi di sebuah desa di Jawa Tengah. Desa itu dikejutkan dgn kejadian kejadian misteri dan pembunuhan yg kejam. Mangsa mangsa yg menjadi korban terdiri daripada suri rumah suri rumah yg ingin melahirkan anak pertama.
Ramai suri rumah di saat mereka ingin melahirkan anak didapati mati berserta dgn anak di dlm kandungan mereka. Seorang bidan yg pada ketika itu ingin menyambut kelahiran tiba tiba ditolak dengan gugusan angin yg tiba tiba menerpa masuk kamar di mana kerja pembidanan akan dijalankan. Bidan yg separuh pengsan itu melihat seekor lembaga yg tidak berbadan berlegar legar di ruang kamar. Kelihatan kepala dan tergantung kepadanya jantung dan usus perut terapung apung memerhatikan suri rumah ug pada masa itu didlm kesakitan untuk melahirkan. Mukanya hodoh, rambutnya panjang mengurai. Kepala itu dgn tiba tiba membenamkan mulutnya yg bertaring ke rahim suri rumah tersebut. Dia menyedut segala apa yg ada di dlm perut wanita itu. Bercucuran darah jatuh ke lantai papan kamar itu. Lembaga itu juga mengunyah dan membaham bayi yg belum sempat lahir dgn lahapnya sebelum berlegar keluar melalui tingkap.
Hasil dari siasatan menunjukkan bahawa kepala itu terbang ke satu pondok usang dipinggir desa itu sebelum masuknya waktu subuh. Kepala itu masuk ke dalam tempayan khas. Hampir setiap mlm selepas maghrib kepala atau lebih dikenali sebagai penganggal, keluar dari tempayan untuk mencari mangsa seterusnya.
Penduduk kampung menjadi gusar dan takut dgn peristiwa itu, lebih lebih lagi suami suami yg mempunyai isteri yg sedang sarat hamil. Hingga pada satu hari ada seorang ulamak di kampung itu mendapat jln bagaimana hendak menghapuskan penanggal itu. Beliau dan beberapa penduduk kampung bersembunyi di balik semak menanti penanggal keluar dari tempayan. Setelah hantu itu keluar, beliau pun terus meletakkan duri duri tajam di sekeliling mulut tempayan itu. Tak lama kemudian kelihatan penanggal itu pulang semula untuk mesauk ke dlm tempayan itu. Memandangkan ada duri di mulut tempayan, penanggal itu tidak dapat masuk ke dalam. Dia berlegar legar disekeliling tempayan itu mencari jalan bagaimana hendak masuk kedalam tanpa jantung dan usus perutnya tersangkut ke duri duri tersebut. Lama kelamaan azan subuh berkumandang...penanggal itu menjerit dgn satu suara yg sangat mengerunkan. Dia terbakar dan rebah ke bumi.
Begitulah kisahnya...sama ada betul atau tidak..Wallahu "alam.


Apakah lembaga ini..?

imej ini berjaya dirakamkan oleh seorang penduduk di Felda Jengka...

CeRItA SeRaM- PeNjArA PuDu...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil " Bilik Terakhir" . Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan " BILIK TERAKHIR" adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di " BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan berrmacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikancerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah "Bilik Terakhir "itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri " Bilik Terakhir" itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata.......
.............
.............
..............
..............
...............
.............
.............
.............
..............
.............
" Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh harta itu" "Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " "Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " "Ha Ha Ha Ha Ha" " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa".