Isnin, 17 Ogos 2009

SeLsEmA BaBi...

Seperti yang diketahui umum (harap tahu), wabak Selsema Babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. 81 orang maut di Mexico ,menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat dan buat pertama kalinya pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih 1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009 (kelmarin), Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan juga melaporkan diri pada klinik atau hospital berdekatan jika ada melawat negara-negara (dalam sebulan yang lepas) yang telah diisytihar dilanda wabak Selsema Babi.

DiHaNtUi RoH Si MaTi...

> > Kisah berlaku hasil cerita seorang kawan yg pernah digangu roh abgnya >selepas >3 hari mati. Dia kata abgnya mati sebab kena 'main' org. Aku pun tertimbul >idea cakap yg aku rasanya tahu mesti roh abg dia tak aman. maka dia pun >bercerita... > > > > As usual kekadang org cina nih suka masok kubur dgn harta diaorg. So, abg >dia >dgn handset, laptop, PS2 suma sekali ikot masok. Dgn harapan abg dia dpt la >mati aman sikit. So, lepas sehari...kemurungan dalam keluarga tuh masih >ada. >Jadi dgn cara sembahyang je diaorg lupakan kisah tuh. Sampai la ke hari >kedua...mereka seolah dihantui roh si mati. Kawan aku cakap dia rasa setiap >kali mcm ada sesuatu je yg panggil dia. Tapi dia buat dek pasal takut. >Sampai la mlm kedua tuh...dia dgr ada org ketuk tingkap dia. Dia takut >sangat, terus sambung tidur sambil menekup muka dgn bantal dan anggap semua >tuh mimpi karut jer. > > > > Sampai ke hari ketiga...satu keluarga mmg rasa seolah olah diperhatikan >ke >mana sahaja mereka berjalan dlm rumah. Dlm hari tu la kedengaran bunyi org >selongkar almari...tapak kaki naik turun tangga...suara memanggil dari >tingkat atas. Tapi semua buat dek jer..doakan benda tu berlalu pergi. > > Sampai le tetiba handset si kawan aku berbunyi...dia angkat terus dan >tetiba >"Alo..adik yer?" Dia terkejut...dia tgk nombor tuh...mmg sah nombor abg >dia. >Maka dia pun jawab balik "Abg ke?" dan serta merta air mata mengalir sebab >dia rindu sangat dgn abg dia. > > > > Abg dia pun reply balik "Adik...abg tak boleh lama nih. Abg cuba panggil >adik >tiap malam..tapi adik tak dgr" Kawan aku menangis je dgr keluhan abg >dia..."Adik, abg nak adik tanya dekat mak" kata abgnya. "Apa dia bang?"Kata >kawanku. > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > "Tanya mak...mana dia simpan charger hp abg? letih carik tak jumpa plak~" > > > >

KiSaH SeRaM UiTm ShAh ALaM...

Cerita ini telah diceritakan oleh seseorang kepada saya. Perkara nie jadi 2 tahun lepas....masa tu member aku belajar kat itmshah alam masa dok kat kolej jati seksyen 2 tuh.... dia nie kira berani jugak orang nyer.... susah ler aku jumpa orang cam dia nie....kira kalau setakat lepak kat padang kawat uitm shah alam tuh sampai pukul 2 pagi tu rilek jerk.. isk tak berani aku....korang? sampaikan pak guard and mak guard pun dah naik maleh nak tegur sikap dia tuh.. Gamaknyer pakguard pun takut nak tegur kot tapi memang berani mamat sekor nie...Nak dijadikan cerita nyer.... satu hari tuh dia gaduh ngan awek dia dak mass comm....... so malam tuh dia tak bleh nak tidur... asyik mengenangkan kes siang tadi.... jadi dia keluar dari bilik then lepak kat satu kawasan yg agak tinggi yg ader kat uitm s/a tuh............. sedang dia lepak untuk menikmati keindahan alam........dia perasan ader 3 objek di bawah cerun bukit yg dia sedang lepak tuh..... aku memula ingat dia nak lari ker ..aper ker....rupanyer member aku nie kata Dia stay kat situ gak sebab dia kata nak tengok benda tuh... aiseh... kalau aku ler..dah lama hilang... member aku nie stay tengok benda tu...benda tuh melompat-lompat mendaki lereng bukit itu dan jelas menuju kearah... member aku nie... bila member aku nie tengok bebetul dia kata benda tu tak ubah seperti antu pocong!!!!! isk...ngeri giler ... tapi ader satu keanehan ... member aku kata masa dia tengok benda tuh...dia pun dah nak lari dah..tapi kaki dia dah lembek giler... nak melangkah pun dah tak boleh dia kata... member aku kata dia hanya berserah jerk.... macam aku cakap tadi.. ada satu keanehan..dimana... semasa objek tuh sedang mendaki lereng bukit tuh... salah satu daripada benda yg macam antu pocong tuh jatuh dan bergolek golek jatuh kembali kebawah..... Bila member aku nie tengok salah satu dari lembaga tu jatuh,dia terkejut laa jugak.. dia terus perhati.... perhati punyer perhati....satu lagi lembaga tuh jatuh..... tapi satu lagi terus meloncat loncat menuju kearah member aku nie..... member aku nie agak takut sikit..tapi nak lari dah tak bleh dah.... sian kat kawan aku nie..kan........ tu la berani sangat......lembaga tu terus meloncat-lompat kearah member aku nie..... tiba satu masa tu lembaga tuh dah ader didepan dia..........entah camana member aku jadik berani plak..... Dia tanya kat lembaga tu...... dia tanya cam nie.... "hoi lembaga.....kenapa member ko tuh jatuh kebawah..tak macam ko boleh melompat-lompat lagi.........."? Lembaga tu jawap plak.... "diorang tu pakai bateri biasa jerk... pakcik pakai..energizer...." he he he..

KiSaH SeOrAnG NyOnYa..

Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datangke KL untukkali pertama selepas menang loteri. Beliau check-in disebuah hotelmewah danseorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapanNyonya Mei Lee.Nyonya Mei Lee dengan girangnye mengikuti langkah-langkahpelayan itu danketika pelayan tersebut menutup pintu, Nyonya Mei Lee melihat kesekeliling.Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut."Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua, mali dari kampung, tatak taududukhotel.. sudah baya latut latut, lu kasi ini bilik ka??! kicik!! tatak tibi,tatak lemari tatak apa pun??? katil mau titun pun tatak????,haiyyaaa.. mautipu olang ka??!!" Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar Nyonya,ini barulift, maaa...."

3 KaLi Je CuRaNg..

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria."Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni""3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank""Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan..""Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?""Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun..""Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."Tan Sri pengsan kat situ jugak...

SeDiHnYeW...

Suatu petang disebuah 'supermarket' .... Seorang lelaki muda tengah berjalan dibahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang takberkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandangdan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun buat dek jer...sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi dipertengahan jalan perempuan tua tadituh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya."Maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi.Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya.Timbul rasa kesian di hati lelaki itu. "Oh, begitu ke ceritanya makcik?maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu."Aaaa....mak cik ada satu permintaankecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai... mak!!'? Terubat betulrindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik"."Oh boleh... takde masalah" katalelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya kedalam plastik,perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai,mak!! !!". Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya. "Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh."Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu. "Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh."Haah??????? !!!!"....
Ada seorang asli baru balik daripada mencari petai. Kemudian bertemu dia dengan seorang peraih petai Cina.
Berundinglah kedua orang tersebut. Bersetujulah mereka dengan tawaran harga RM 1.00 bagi satu papan petai. Cina itu mengatakan ia akan datang mengambilnya kemudian.
Seketika peninggalan peraih Cina tersebut, datang seorang Melayu berselisih pula dengan pencari petai tadi. Berhenti ia bertanya “En., petai ini juallah kepad
a saya.”. Tapi orang asli itu enggan. Katanya “Saya sudah janji dengan Cina tadi”. “Dia akan datang mengambilnya petang nanti”.
“Juallah En., berapapun dia bayar, saya sanggup bayar”. Namun orang asli itu tetap enggan menjualnya. Selepas menggunakan segala jenis pujuk rayu, akhirnya berjaya juga ia membeli petai itu. Ia pun pulanglah dengan gembiranya. 100 papan semuanya petai tersebut, telah diborong kesemuanya.
Sampai di rumah, selepas berehat seketika, terasa di hati kecilnya untuk mengira jumlah petai yang ada. alangkah terkejutnya, bila mendapati hanya 90 papan sahaja. Mana perginya 10 papan lagi. Tercicir dalam perjalanankah?. Mana mungkin?. Ia berasa tidak puas hati. Ia segera turun ke bawah rumah, mengambil motosikal kapcainya, dengan penuh semangat geram bergegas dan meluncur macam roket ke rumah orang asli tadi.
Sampai di sana terus bertanya kepada orang asli tadi. “Tadi aku bayar kau untuk 100 papan. Kenapa kau beri aku hanya 90 papan sahaja?. Orang asli itu dengan selamba rocknya berkata “Itulah encik, saya sebenarnya nak tipu Cina, tapi encik nak juga”.

BuDaK KeCiL, OrAnG TuA DaN CoKLaT...

Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga. Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi. Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah, "Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit" Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri. "Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!" Si budak berkata,"Datuk saya ada nasihat juga." "Dia pun kata jangan makan makanan ringan?" "Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN"

CaRa BeRcHaTtInG

Bila ada user tanya kat room:"kau orang dengar tak aku on lagu?" jawab:"kau ingat aku pekak ka?" Bila ada yang tanya:"apsal room ni tak meriah eh?" jawab:"ni bilik mayat da, kau nak meriah gie pasar sana" Bila ada yang tanya:"PC aku ni asik hang la,sape leh tolong aku?" jawab:"kau campak je PC kau tu kat sungai"

JaNgAn BeRcAkAp KeTiKa MaKaN..

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : "Ayah, di..."Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"Setelah selesai makan...Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!"

KiSaH AtUk & CuCu...

"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi)Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."Atuk: "Tak sama apanyerr???"Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"Atuk: "?...?...?...?...?...?"

GhOsT????

apa yang tak kena dengan video ini? perhatikanlah betul-betul dan anda akan mendapat jawapannya...

MIni noVEl...DI seBAliK miSTerI..

Hujan masih turun dengan lebatnya, dicorakkan dengan pancaran kilat dan petir yang sambar-menyambar tanpa henti. Pada ketika ini Shah berada di tempat yang dia sendiri tidak tahu di mana. Tetapi apa yang pasti kini dia berada di dalam sebuah banglo usang yang cukup menakutkan. Suasana di sekeliling banglo tersebut memang cukup untuk membuat seseorang itu kecut perut, lebih-lebih lagi jika berseorangan.
“Macam mana aku boleh sampai kat sini? Peliknya tempat ni.”
Shah memandang sekeliling kawasan banglo tersebut sambil mencuba untuk bangun tetapi seluruh badannya terasa sakit. Setiap kali dia hendak bangun pasti dia akan kembali jatuh. Shah menjerit sekuat hati untuk memastikan sama ada banglo usang itu berpenghuni atau tidak. Ternyata usahanya itu sia-sia belaka. Hatinya semakin resah dan perasaannya bergolak. Tiba-tiba dia terdengar satu suara yang cukup menakutkan yang menyebut namanya berulang kali dan suara tersebut semakin kuat. Pada waktu ini, segala perkara-perkara menakutkan yang pernah dia baca daripada artikel-artikel mengenai hantu mula menerawang di dalam fikirannya. Ternyata segala yang digambarkannya menjadi realiti apabila kelihatan sebuah lembaga putih di tingkat atas banglo tersebut dan yang lebih menakutkan ialah lembaga tersebut mengilai dan terus mengilai. Shah yang pada ketika itu berada berhampiran tangga di tingkat bawah banglo tersebut dapat melihat lembaga tersebut dengan jelas. Wajahnya cukup menakutkan. Shah berasa hamper hendak pengsan apabila melihat lembaga tersebut. Shah terpaku. Lidahnya menjadi kelu untuk membaca kalimah-kalimah suci Al-Quran dek rasa takutnya yang tidak terbatas pada waktu itu. Lembaga itu semakin menghampirinya dan tidak henti-henti menyebut namanya. Shah seolah-olah sudah kehilangan suara untuk berteriak.
Tiba-tiba lembaga putih tersebut hilang daripada pandangan. Shah memandang sekeliling. Tiba-tiba hidungnya terbau sesuatu yang sangat hanyir baunya sehingga hendak termuntah dibuatnya. Shah cuba untuk mengesan bau tersebut. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Tiba-tiba ada sesuatu yang menitik di pipinya. Dan apabila dia memandang ke atas ternyata lembaga tersebut berada betul-betul di atasnya.
“Aaaarrrgghh..” jerit Shah sekuat hatinya. Pada waktu itu entah bagaimana suaranya yang tersekat di kerongkongnya dapat dilontarkan.
Tiba-tiba hinggap satu tamparan di pipi Shah. Dan kedengaran suara rakan sebiliknya, Syukri.
“Kau ni tak habis-habis bermimpi. Lain kali kalau nak tidur tu baca doa dulu.” celoteh Syukri.
Shah bangun dari katilnya dan berdiri di tepi tingkap dan memandang ke luar. Dia tidak berkata walau sepatah pun. Aizat menyambung tidurnya. Shah melihat jam dan pada waktu itu ternyata pukul satu pagi. Shah tidak dapat melelapkan matanya. Mimpinya yang berulang kali itu membuatnya runsing memikirkan perkara tersebut.
Dia mengambil keputusan untuk keluar bagi menenangkan fikirannya. Pelbagai gambaran yang memeningkan bermain-main di mindanya. Dia mencapai kunci kereta Perodua Myvi miliknya yang dihadiahkan oleh bapanya semasa hari lahirnya tahun lalu. Gambaran banglo usang itu masih kuat bermain-main di mindanya. Dia terus menghidupkan enjin keretanya dan keluar dari perkarangan hostel.
Dia memandu sehingga ke satu persimpangan dia menekan brek secara mengejut kerana dia melihat seperti ada orang yang melintas. Oleh kerana brek mengejut yang dilakukannya menyebabkan kepalanya terhantuk di stering keretanya. Dia menggosok-gosok kepalanya. Dia melihat sekeliling dan ternyata tiada sesiapa yang melintas. Kemudian baru dia terfikir, siapa yang melintas tadi pada waktu macam ni? Dia tidak mahu memikirkan perkara itu lagi. Dia meneruskan perjalanannya ke tempat yang selalu dia pergi untuk menenaangkan fikirannya iaitu di sesuatu tempat. Di tempat tersebutlah dia selalu pergi untuk menenangkan dirinya sambil melihat bintang dan pemandangan yang cukup mengasyikkan. Pada waktu dulu, dia selalu ke situ dengan temannya, Anis. Terlalu banyak yang telah mereka lalui bersama. Segala suka dan duka juga sering dikongsi bersama. Malangnya, Anis telah menjadi mangsa kepada pelesit kota. Setelh dia dicabul kehormatan dirinya, dia dibunuh. Shah hampir menjadi gila selepas itu kerana dia tidak dapat menerima hakikat bahawa Anis sudah meninggal dunia. Lebih-lebih lagi Anis mati dalam keadaan sebegitu. Kini dia sering ke kawasan lereng bukit tersebut bagi menenangkan fikirannya dan mengimbas kembali kenangannya bersama Anis pada suatu ketika dahulu. Sehingga kini Shah masih tidak dapat memaafkan dirinya sendiri kerana tidak menghantar Anis pulang pada hari tersebut. Setiap kali Shah berada di lerng bukit tersebut, dia sering berasa bahawa Anis sentiasa berada dekat dengannya. Mereka sering mengira bintang bersama dan sering bertukar-tukar pandangan.
Setibanya Shah di lereng bukit tersebut dia menghirup udara segar sedalam-dalamnya. Kini baru dia berasa sedikit tenang. Segala masalahnya akan hilang apabila dia berada di situ. Dia sering teringat pada kata-kata Anis “kalau ada masalah jangan di simpan, sebaliknya buanglah masalah tersebut jauh daripada diri kita sendiri.”
Shah sering menjerit sekuat hati bila berada di lereng bukit tersebut kerana tiada sesiapa di situ dan tempat itu juga jauh daripada orang ramai. Dengan cara itu segala masalah akan hilang dari minda. Pada waktu dulu, Shah sering menjerit bagi meluahkan segala masalahnya di situ bersama Anis. Oleh itu, dia sering ke situ agi mengimbas kenangan silamnya bersama Anis.
Lamunan Shah terhenti apabila telefonnya berdering. Tertera nama Syukri di skrin telefon bimbitnya.
“Hoi..kau kat mana tu? Tiba-tiba je menghilang. Kalau nak keluar pun cakapla dulu.” celoteh Syukri.
“Aku keluar kejap. Saja nak ambil angin malam.”
“Banyak kau punya angin malam. Kau tahu tak sekarang ni dah pukul berapa?”
“Kejap lagi aku balik la. Aku tak boleh tidur tadi, sebab tu aku nak keluar kejap”
“Cepat sikit balik. Esok ada kuliah.”
“Aku tahu. Aku nak balik la ni” balas Shah lalu mematikan telefon.
Syukri naik semula ke tingkat atas hostelnya untuk kembali ke biliknya. Dia turun ke bawah kerana hendak melihat sama ada Shah membawa keretanya ataupun tidak. Apa yang mengejutkan Syukri ialah apabila dia hendak naik ke biliknya yang terletak di tingkat tiga, dia melihat Shah sedang duduk di tangga di tingkat kedua. Syukri berasa pelik kerana baru sebentar tadi dia menelefon Shah dan dia berada di luar. Sekarang ni dia melihat Shah berada di tangga pula. Syukri menyangka Shah sedang mempermainkannya. Dia duduk di sebelah Shah dan dia bersembang-sembang dengan Shah tetapi Shah hanya membisu. Syukri yang merasa ada sesuatu yang tidak kena, dia lantas meminta izin untuk kembali ke bilik. Setibanya di dalam bilik, dia terfikir “Masa dia turun ke bawah tak ada sesiapa tapi masa naik dia jumpa Shah pula”
Meremang bulu romanya bila memikirkan perkara tersebut. Dia menarik kain selimutnya dan terus menyambung tidurnya. Tiba-tiba telefonnya berdering dan tertera nama Shah.
“Hello…kau nak apa lagi? Apa kau buat lagi kat tangga tu? Naik la cepat.”
“Bila pula aku ada dekat tangga..”
“Bukan ke kau yang aku jumpa dekat tangga tadi? Jangan main-main boleh tak?”
“Aku sekarang ni dekat dalam kereta dalam perjalanan balik ke hostel”
“Biar betul, yang kat bawah tadi tu siapa kalau bukan kau..?”
“Haha..itu aku tak tahu, yang pasti aku tak berada dekat situ..?”
“Habis tu, kau nak apa telefon aku ni?”
“saja je nak tengok kawan aku ni tengah buat apa..”
“kau telefon aku ni kalau nak buat aku bertambah cuak baik tak payah sebab aku memang dah cuak pun.”
“Dahlah,sampai kat hostel nanti sambung lagi..”
Shah terus memandu menuju ke sebuah restron yang beroperasi selama 24 jam yang terletak di sebuah persimpangan.Shah memerhati kan jam tanggan nya sudah melewati jam tiga pagi..
Setibanya Shah di resteron tersebut,dia memesan segelas air the tarik.Dan kemudiannya dia duduk di meja yang berada di sebelah luar restoran bagi menghirup udara di pagi hari.Shah masih tidak habis berfikir, macam mana Syukri cakap aku ada kat hostel sedangkan aku tak ada dekat situ masa tu.
“Budak ni dah mabuk agaknya.”
“Perkara ni memang buat aku buntu mengapa sejak kebelakangan ini banyak gangguan terhadap aku”
“Kenapa perkara seperti ini sering menghantui aku?”
Wujud 1001 persoalan dalam fikiran shah
Beberapa ketika kemudian,kelihatan seorang pelayan restron wanita yang mempunyai potongan badan yang menarik,datang menghampiri Shah bagi menghantar pesana yang telah Shah buat.Selepas menghantar pesanan yang di buat, pelayan wanita tersebut beredar meningalkan Shah.
Shah meneguk air teh tarik yang dipesan olehnya.
“Ermm…cik, kira?”
“Ermm…RM 1.50”
“Nah…terima kasih..”
“Encik boleh saya tanya sikit,nama encik apa”
“Kenapa cik nak tahu?”
“Saje je, maaf lah kalau saya mengganggu”
“Saya Shah,nama cik pula apa”
“Emm..saya Mira,.saya tenggok encik ni macam ada masalah je?”
“Tak ada apa-apa lah,biasalah masalah kecil je..
“oohh..”
“Baiklah,saya minta diri dulu,ini kad saya, kalau ada apa-apa nanti hubungi saya.”
Mira mengangguk dan tersenyum
Shah menuju ke keretanya untuk pulang ke hostel. Tiba-tiba Mira memanggil
“Encik! Encik! kunci kereta encik tertinggal”
Mira berlari-lari anak ke arah Shah.semasa menuruni anak tangga yang terakhir, kaki Mira tergeliat dan dia hilang imbangan lalu jatuh ke atas Shah. Selepas itu, dia lantas bangun dan meminta maaf.
“Err,Mira ok ke?” tanya Shah
“Emm,saya ok, maaf ya encik,” balas Mira, mukanya merah padam.
“Tak payah panggil saya encik, panggil je Shah”
Dia menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan. Mira membalas dan berjabat tangan dengan Shah
“Terima kasih ya.” kata Shah..
“Terima kasih?? Untuk apa?’ balas mira.
“Sebab awak tolong ambilkan kunci kereta saya itu.” balas Shah.
“Oh ya, Sama-sama” balas mira.Dia hampir terlupa untuk memulangkan kunci kereta itu kepada Shah dek kerana kejadian tersebut.
“Baiklah,saya minta diri dulu.” balas Shah.Mira hanya tersenyum.
Setibanya Shah di hostel dia terus masuk ke dalam biliknya, dan dia melihat syukri masih tidur.Jam pada waktu itu sudah menghampiri pukul 4.30 pagi. Dia menarik selimutnya dan terus berbaring untuk tidur.
“Ermm,Mira’
Dia berceloteh sendirian. Entah mengapa dia merasakan bahawa ada sesuatu pada wanita itu dan dia merasakan bahawa perempuan yang dia kenal itu akan mengubah kehidupannya. Dia tersenyum sendirian dan sehinggalah dia tertidur.
Setelah beberapa jam kemudian jam loceng Syukri berbunyi. Shah bangun dan mematikan jam tersebut. Seperti biasa kalau jam itu berbunyi memang Shah yang akan mematikannya.
“Eiii,budak ni memang tidur matilah, tiap-tiap kali jam dia berbunyi orang lain yang bangun bukan dia.” celoteh Shah.
“Wei Syukri! Bangunlah, Syukri! Bangun..”
Selepas beberapa ketika,barulah kawannya itu bangun dan mengosok-gosok matanya
“Shah, kau pegi mana semalam? Kau tahu tak, aku nampak kau kat bawah tapi kau telefon kau cakap kau kat restoran, buat takut aku je.” kata Syukri.
“Memang aku kat restoran la,kau tu yang mimpi agaknya,tiba-tiba cakap aku ada kat bawah.” balas Shah.
“Jangan-jangan aku nampak HAN….HAN…oii,biar betul,” balas Syukri.
“Dah la tu, takde benda la, mungkin kau tu yang mengantuk” kata Shah.
“Entahlah” balas Syukri.
“Aku pun mengalami perkara aneh, tetapi tak tau la..” balas Shah.
“Perkara apa??” tanya Syukri.
“Nantilah aku cerita” balas Shah.
“Baik kau pegi mandi dulu Syukri” kata Shah.
“Yela itu aku tau la,kau tak payah bagi tau pun tak apa..” kata Syukri.
Selepas mereka bersiap, mereka bergegas ke kuliah.sepanjag pensyarah memberi penerangan Shah tak henti-henti menguap.tetapi dia tetap menahan matanya dari tertidur. Syukri yang duduk bersebelahan dengannya hanya menggelengkan kepala. Tiba-tiba pensyarah mengajukan soalan kepada Shah. Terpinga-pinga Shah di buatnya tetapi nasib baik Syukri memberitahu jawapannya kepada Shah.
Selepas kuliah, Shah dan Syukri keluar untuk makan tengah hari. Mereka disapa oleh Tasya, Mirul, Izhar dan Shiera.
“Wey, tunggulah kita orang” kata Tasya.Shah dan Syukri berhenti seketika untuk menunggu mereka.
“Mana Ara dengan Eryana??” tanya Syukri.
“Kalau Ara, dia temankan Eryana pergi bersolek” balas Sheira.
“Tapi kalau Eryana pula, dia pergi bersolek tapi dia paksa Ara suruh temankan dia” balas Tasya pula.
“Kan sama je tu, korang ni,” balas Izhar sambil menggeleng.
“Yelah,eryana tukan ratu cantik, jadi solekan itu dah sebati dalam diri dia tu. Moto dia kan ‘untuk kelihatan cantik sentiasa dan penampilan diri itu penting’untuk orang cantik macam dia” balas Mirul.
“Cantik tu bolehlah tapi kalau dah macam cina opera solekannya tu cantik ke?” balas Shiera.Kata-kata Sheira itu membuatkan kesemua mereka ketawa terbahak-bahak.
“Ha,tu pun dia,” kata Izhar.
“Amboi! Cantiknya Cik Eryana ni” kata Syukri.
“Yelah, takkan baru sekarang korang semua perasan tentang kejelitaan aku ni? Kesian” balas Eryana denga selamba.
Ara yang berdiri di sebelah Eryana hanya mendiamkan diri. Shah yang semenjak tadi terdiam bersuara,
“Wah!cantik macam puteri,” kata Shah.
“Biasalah, tengok oranglah,” balas Eryana.
“Wah!cantiknya Ara hari ini” balas Shah.
“Eei, yang cantik macam puteri tu sebenarnya aku ke Ara” balas Eryana.
“Mestilah Ara,takkan kau pula” balas Shah. Kata- kata Shah di sokong dengan deraian ketawa rakan-rakannya yang lain. Eryana terdiam malu sambil menjeling kawan-kawannya.
Kesemua rakan-rakannya sudah sedia maklum dengan perangai Eryana Mereka sentiasa mengenakan dia. Sifatnya terhadap penampilan dirinya begitu melampaui batas. Setiap masa dan saat, dia akan melihat ke cermin. Kalau ada jerawat yang tumbuh dia sanggup tidak pergi ke kuliah.
Selepas itu, mereka terus ke kantin dan memesan makanan.Sambil makan mereka berbual-bual.
“Wey korang, esok kan dah mula cuti semester kan? Korang ada apa-apa perancangan tak?” tanya Izhar.
“Emm.., entahlah” balas Sheira.
“Takkan korang tak da sebarang perancangan kot?” tanya Izhar.
“Ada, tapi takut korang je yang tak setuju” balas Sheira.
“Wei,nak pergi mana? Korang tak cakap dengan aku pun?” sampuk Eryana.
“Siapa yang nak bawa kau?” balas Syukri.Kesemua mereka ketawa terbahak-bahak melihat gelagat Eryana yang keanak-anakkan.
“Kau tukan cantik, mana boleh masuk hutan,kan?”ejek Mirul.
“Eei..sudahlah tu, sekarang ni apa perancangan korang?” tanya Izhar.
“Kitorang semua bercadang nak pergi berkhemah dekat hutan berhampiran kampung aku, dekat situ pemandangan memang indah.”balas Shiera.
“Ok jugak tu, tapi korang macam mana? Setuju tak?” tanya Izhar.
“Aku setuju.” balas Eryana.
“Eei.., dia pulak yang lebih-lebih.”sakat Mirul. Mereka semua bersetuju untuk pergi berkhemah di Hutan Kampung Bukit Paya.
Selepas makan tengah hari, masing-masing pulang ke hostel untuk mengemas apa yang patut kerana mereka akan bertolak pada esok hari. Ini karana mulai esok bermulalah cuti semesta pertama.
Mirul dan Izhar pergi ke rumah Pak Ali pada petang itu untuk menyewa sebuah van bagi memudahkan perjalana mereka. Segala kelengkapan perlu di buat supaya segala yang dirancang berjalan dengan lancar.
Pada malam itu, mereka semua sibuk membuat persiapan. Jam menghampiri 12.30 malam. Tiba-tiba Shah menjerit seperti orang kerasukan. Syukri yang sedang tidur itu menjadi panik apabila Shah yang sedang berkemas tadi tiba-tiba menjerit seperti orang yang telah di rasuk. Lantas Syukri membisikkan ayat-ayat suci Al-Quran di telinga Shah dan Shah berjaya di tenangkan. Selepas itu, Syukri bertanya kepada Shah, apa yang terjadi pada dirinya? namun Shah hanya membisu. Selepas didesak oleh Syukri, Shah menceritakan apa sebenarnya yang terjadi.
“Pada waktu itu kau sudah tidur Dan aku masih lagi berkemas. Tiba-tiba sewaktu berkemas aku ternampak sesuatu kat cermin dalam bilik air. Lepas tu, aku dah tak ingat apa yang berlaku?” terang Shah.
“Dahlah tu Shah! Baik kau pergi tidur,” Balas Syukri.
“Yelah, aku pun dah siap kemas dah ni,” Balas Shah.Mereka berdua tidur untuk merehatkan diri kerana esok bermulalah perjalanan mereka.
Bunyi hon kedengaran dari luar, Shiera, Tasya dan Ara keluar dengan beg mereka.
“Hmm, Eryana mana?” Tanya Shah.
“Ada, biasalah tengah bersolek,” Balas Tasya.Beberapa minit kemudian,Eryana turun dengan begnya.
“Wei, banyaknya beg yang kau bawa,” Tanya Shiera.
“Ala, satu beg mana cukup,” Balas Eryana.
“Kau bawa apa sampai dua beg kau bawa?” Tanya Tasya.
“Ala, aku bawa syampu, sabun, bedak, minyak wangi denga baju-baju akulah,” Balas Eryana dengan selamba.
“Hoi, kau ingat kita nak tidur kat hotel ke apa?,”Balas Sheira.
“Eii, suka hati akulah,” Balas Eryana.
“Hoi, dahlah tu! Bila kita nak sampai nanti, naik cepat,” Tegas Mirul.
“Sabarlah,” balas Eryana.
Perjalanan mereka mengambil masa empat jam. Sepanjang perjalanan mereka menyanyi riang. Malahan, ada yang buat hal masing-masing. Ara sibuk membaca novelnya. Eryana pula tak habis-habis bersolek. Pada mulanya, Izhar yang memandu, tetapi selepas itu Syukri yang memandu kerana Izhar kurang sihat pada hari itu. Begitu juga dengan Shah. Peristiwa yang berlaku pada Shah hanya Syukri seorang yang tahu.
Mereka sampai di kawasan pergunungan itu pada jam lebih kurang dua belas tengah hari. Kawasan sekeliling di situ cukup tenteram dan aman. Udaranya nyaman dan sejuk. Syukri meletakkan kereta di bahagian yang sesuai. Selepas itu, mereka turun dari van dan melonjak kegirangan. Air muka Eryana berubah,
“Ala, mesti banyak nyamuk kat dalam hutan ini,” Kata Eryana.
“Bukan nyamuk je, monyet pun ada,” Sakat Syukri. Rakan-rakan yang lain ketawa terbahak-bahak sebagai tanda menyokong kata-kata Syukri.
Mereka mula melangkah masuk ke dalam hutan untuk mencari kawasan yang sesuai untuk mendirikan khemah. Izhar membawa untuk lelaki dan Shiera membawa khemah untuk perempuan. Mirul dan Shah pula ditugaskan membawa makanan yang ringkas seperti roti, tuna, sardin dan lain-lain. Manakala Syukri pula membawa peralatan seperti pisau, mancis, cerek dan tikar. Eryana, Ara dan Tasya pula ditugaskan untuk memasak. Setelah berjalan lebih kurang satu jam mereka berjaya jumpa tempat yang sesuai untuk mendirikan khemah. Kawasan itu juga berhampiran dengan sebatang sungai bagi memudahkan mereka untuk mendapat bekalan air dan untuk membersihkan diri.
Pembahagian tugas mula diberikan. Izhar sebagai ketua ekspedisi kali ini membahagikan tugas kepada setiap rakannya.

“Shah dan Mirul pergi cari kayu api, Eryana dan Tasya pergi ambil air yang secukupnya, Shiera dan Ara mendirikan khemah untuk perempuan, manakala Izhar dan Syukri akan mendirikan khemah untuk lelaki.,” arah Izhar. Selepas itu, mereka mula melakukan kerja mereka. Shah dan Mirul mula mengumpulkan kayu api dari kawasan sekitar. Shiera Eryana pula sudah mula mengambil air. Dan khemah juga hampir siap didirikan.
Setelah semuanya siap. Izhar mengarahkan yang bertanggungjawab untuk memasak supaya memulakan tugasan mereka. Sementara itu, Syukri , Mirul, Shah dan Izhar pergi untuk membersihkan diri dan mandi. Air di kawasan tersebut sememangnya sejuk. Air yang mengalir tenang itu cukup mendamaikan jiwa. Sedang mereka bermandi-manda , Shah merasakan bahawa mereka sedang diperhatikan. Tetapi kawan-kawannya yang lain tidak merasakannya. Dia hanya mendiamkan diri kerana itu mungkin mainan perasaannya sahaja. Dia juga tidak mahu menghancurkan perancangan mereka pada cuti semester kali ini. Selepas mandi-manda lebih kurang lima belas minit, mereka bersiap untuk mengganti pakaian mereka.
Setibanya mereka di khemah mereka, Tasya, Shiera dan Ara sedang sibuk menyediakan makanan.
“Eh! Mana Eryana?” Tanya Shah.
“Dia dekat dalam khemah tu pergi ambil baju dia, tak sabar-sabar nak mandi,” Balas Tasya. Eryana yang mendengar namanya disebut –sebut lantas keluar dari khemah dan berkata,
“Apa lagi korang mengutuk aku ni?”
“Siapa yang kutuk kau, perasan betullah minah ni,” Balas Shah.
“Dahlah tu. Tak nak mengaku pula, tak apa kalau tak nak mengaku. Aku tak nak bagi korang makan,”Balas Eryana selamba.
“Wey, bukannya kau tolong kita orang masak pun,” Sampuk Shiera.
“Sudahnya dia yang kita tak bagi makan karang,” Balas Mirul sambil ketawa.Tawaannya disambung oleh rakan-rakan yang lain.
“Dah siap semuanya?” Tanya Izhar.
“Dah siap dah, makanan kita orang dah buat tinggal air je nak dibuat. Sementara air ni dijerang, kita orang pergi mandi pula ta. Boleh tak?” Balas Tasya.
“Emm, pergilah tapi jangan lama-lama,” Balas Izhar.
“Baiklah tuan,” Sindir Tasya.
Tasya, Ara, Eryana dan Shiera pergi ke sungai untuk membersihkan diri. Mereka bermandi-manda dalam lebih kurang dua puluh minit mereka naik untuk mengganti pakaian dan kembali ke khemah. Semasa mengganti pakaian , tiba-tiba Shiera menjerit. Tidak lama kemudian diikuti oleh Ara, Eryana dan Tasya. Jeritan mereka didengari oleh Mirul dan Izhar , mereka bergegas ke sungai sementara Shah dan Syukri duduk di khemah bagi mengawasi khemah. Apabila Izhar dan Mirul sampai, mereka ketawa terbahak-bahak kerana rupa-rupanya ada pacat di kaki Shiera. Izhar hanya menggelengkan kepala dan tersenyum dek kerana gelagat mereka yang terlalu penakut.
Shah dan Syukri yang berada di khemah tertanya-tanya apa yang berlaku. Sekembalinya mereka dari sungai, Izhar dan Mirul tidak henti-henti ketawa dan menyindir.
“Ada budak tu, nampak pacat pun nak jerit sampai satu hutan bergema” sindir Mirul.
Dek kerana sindiran itu, hinggaplah satu cubitan yang berbisa di lengan Izhar kerana dicubit oleh Shiera.
“Aku yang tak cakap apa-apa pula yang kena. Mirul yang sindir korang, bukannya aku.”
“Korang semua sama saja. Yang kau pun gelakkan kitorang kenapa?” balas Shiera.
Mereka bersiap-siap untuk solat. Setelah mereka yakin sudah masuk waktu untuk solat, mereka solat bersama-sama.
Setelah selesai solat, Ara, Shiera, Eryana dan Tasya menghidangkan makanan dan membancuh air.
Jam sudah melewati pukul tiga setengah petang. Selepas ini, mereka akan duduk berehat di khemah bagi menghilangkan rasa penat sambil berbual-bual kosong. Ketika mereka sedang asyik berbual-bual, mata Shah dapat menangkap sesuatu yang kelihatan seperti kelibat seseorang yang sedang memerhatikan pergerakan mereka semua. Degupan jantungnya menjadi semakin kencang. Tetapi Shah tidak mahu menyatakan perkara tersebut kepada sahabat-sahabatnya yang lain selagi dia sendiri belum mendapat sebarang kepastian. Dia juga tidak mahu menghancurkan perancangan rakan-rakannya semasa cuti semester kali ini. Menjadi kebiasaan bagi mereka semua untuk melakukan sebarang aktiviti, lebih-lebih lagi apabila cuti semester bermula.
Syukri sedang asyik bermain gitar kesayangannya dan rakan-rakannya yang lain juga tidak menyedari akan hal tersebut. Mereka berbual-bual sehingga ke jam lima petang.
Selepas itu, mereka akan mula memasak dan mencari lebih banyak kayu api untuk kegunaan mereka pada waktu malam. Stok makanan yang mereka bawa juga mencukupi bagi menampung menampung keperluan mereka selama beberapa hari mereka berada di situ.
Mereka sudah mula melakukan kerja masing-masing. Ada yang ditugaskan untuk memasak, dan ada yang ditugaskan untuk mencari kayu api. Sementara itu, Ara dan Shah ditugaskan untuk melihat persekitaran khemah dan memastikan kawasan perkhemahan mereka itu selamat.
”Ara, perasan tak apa yang Shah nampak tadi?”
“Emm.., maksud Shah yang dekat sana tu ke?”tanya Ara sambil menudingkan jari kea rah satu kawasan belukar.
Shah agak terkejut kerana bukan dia seorang saja yang perasan akan kelibat tersebut malahan begitu juga dengan Ara.
“Ara tak sedap hatilah Shah?”
“Insya-Allah, tak ada apa-apalah. Kalau kita beritahu diorang nanti, kesianlah diorang. Takkan kita nak balik kot.”
Ara hanya diam dan mengangguk sebagai tanda setuju dengan apa yang dikatakan oleh Shah. Pada waktu tersebut, Shiera, Tasya dan Eryana sudah memulakan kerja mereka untuk memasak
Kira-kira lima belas minit kemudian Syukri, Izhar dan Mirul kembali ke tapak perkhemahan mereka dengan membawa kayu api untuk digunakan pada malam hari. Makanan juga sudah hampir siap dimasak. Bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa sindiran kawan-kawannya Eryana juga turut serta bagi memasak kali ini.
Pada jam lebih kurang enam petang, Shah, Mirul, Syukri dan Izhar pergi ke sungai bagi membersihkan diri. Sebelum hari menjadi semakin gelap, lebih baik jika mereka turun ke sungai lebih awal.
Mereka mandi-manda dalam masa lebih kurang sepuluh minit . Selepas itu, mereka bersiap-siap dan kembali ke khemah supaya Ara, Shiera, Eryana dan Tasya dapat ke sungai untuk membersihkan diri mereka pula. . Segala keperluan untuk solat seperti tikar dan sejadah sudah dibentangkan oleh mereka.
Shiera, Ara, Eryana dan Tasya turun ke sungai tetapi Ara mengambil keputusan untuk tidak mandi kerana dia berasa tidak sedap hati. Matanya tidak henti-henti memerhati kawasan sekelilingnya dan menelan air liurnya kerana rasa takutnya itu. Dia dapat merasakan bahawa mereka sememangnya sedang diperhatikan.
“Hei Ara! Kau tak nak mandi ke?”tanya Eryana
Ara hanya menggeleng.
“Apalah kau ni, kalau tak nak mandi nanti tak selesalah. Kita bukannya tidur kat hotel tapi kat dalam hutan. Kalau nak mandi, baik kau mandi sekarang, hari pun dah nak gelap ni.”celoteh Shiera
“Tak apalah, korang mandilah. Aku sejuklah.”balas Ara.
“Wei korang! Mana sabun aku? Tadi ada dekat sini.”tanya Eryana
“tu, kat atas batu sana tu.”jawab Tasya.
“Siapa pula yang letak kat atas batu sana tu?”tanya Eryana tetapi pertanyaannya itu tidak dijawab oleh sesiapa.
Mereka terus mandi dan beberapa minit kemudian, mereka naik dan bersiap untuk kembali ke khemah. Pada waktu itu jam sudah menghampiri enam setengah petang. Oleh krana mereka berada di dalam hutan, keadaan sekeliling menjadi lebih cepat gelap.
Mereka bergegas ke khemah dan menyiapkan keperluan untuk menghadapi waktu malam. Unggun api sudah dihidupkan oleh Izhar dan mereka membuat dua unggun api bagi memastikan keadaan sekeliling menjadi lebih terang. Satu unggun api bertujuan untuk memasak manakala satu lagi unggun api bagi menghangatkan mereka pada waktu malam yang pastinya sejuk dan dingin.
Setelah mereka yakin telah masuknya waktu solat maghrib, mereka solat berjemaah bersama-sama. Selepas solat, mereka yang ditugaskan untuk meng hidangkan makanan mula melakukan apa yang patut. Shiera dan Tasya pergi membancuh air, manakala Ara dan Eryana meenghidangkan nasi lauk ikan sardin yang merekamasak kepada rakannya.
“Tadi, ada budak tu tolong masak sekali, macam tak percaya je,” Sindir Shiera yang sudah membancuh air.
“Eii, korang ni memanglah. Aku tolong salah, aku tak tolong pun salah,” tegas Eryana.
Selepas makan Ara dan Shiera pergi membasuh pinggan menggunakan air yang diambil oleh Izhar dan Shah di tepi khemah.
“Kalau tak basuh esok nak makan guna apa? Tak apa malam ni giliran aku dengan kau, jadi esok kita tak payahlah basuh pinggan, kan?”Kata Shiera.
Ara hanya mengangguk dan tersenyum.
“ Ara, kau ni aku tengok kau diam je. Kau ada masalah ke? Kalau kau ada masalah kau kongsilah dengan aku,” tanya Shiera.
“Taklah, Shiera. Aku okey je. Tak ada masalah pun. Cuma aku tak sedap hatilah,” luah Ara.
“Kenapa pula kau rasa macam tu? Kau tak sedap hati pasal apa? Cuba cerita sikit,” tanya Shiera lagi.
“Tak ada apa-apalah, Shiera. Aku tak apa-apa,” terang Ara.
Setelah selesai mencuci pinggan, Ara dan Shiera duduk di kumpulan rakan mereka untuk turut serta dalam perbincangan mereka. Mereka duduk mengelilingi unggun api yang dihidupkan bagi memanaskan badan mereka. Suhu di dalam hutan cukup sejuk dan nyaman.
Beberapa jam selepas mereka berbincang tentang aktiviti yang bakal mereka lakukan.Tasya dan Shiera pergi ke unggun api yang terletak bersebelahan khemah mereka bagi menjerang air untuk membancuh air supaya boleh diminum. Dengan persekitaran yangsejuk sehingga mencengkam tulang, ada baiknya jika jikamereka membancuh air untuk diminum. Sementara menunggu air yang di jerang masak, mereka berbual-bual kosong.
Semasa berbual-bual kosong, mataTasya menangkap suatu imej secara tak sengaja. Dia menjerit ketakutan. Dia memeluk Shiera bagi menenangkan diri.
“Wey, kenapa dengan kau ni? Kenapa kau jerit pula ni?” tanya Shiera dengan cemas. Tasya hanya menunjuk ke arah lembaga yang dilihatnya tadi.
“Tak ada apa-apa pun?” balas Shiera.
Rakan-rakan lain yang sedang berbincang juga terus menuju ke arah mereka berdua kerana terdengar teriakan Tasya. Tasya di bawa berehat ke dalam khemah dan di tenangkan oleh Shiera.
Air yang di jerang sudah masak. Memandangkan Shiera dan Tasya di dalam khemah, maka Ara dan Eryanalah yang membancuh air untuk rakan-rakannya. Mereka meneruskan perbincangan. Air dituang ke dalam perlahan-lahan dan diberikan kepada setiap dari mereka. Perbincangan mereka berakhir kira-kira sejam selepas itu.
Jam sudah melewati pukul sepuluh malam. Shiera semakin runsing dan buntu untuk mencari jalan supaya dapat mententeramkan Tasya. Tasya terus menangis dan menggigil
menemaninya mententeramkan Tasya. Tasya menangis dan kemudian ketawa sendirian. Mereka yang melihatnya pun semestinya takut. Dia seperti kerasukan.
Setelah buntu untuk mententeramkan Tasya. Mereka memanggil rakan-rakan lelaki mereka bagi membantu mereka. Izhar membacakan ayat-ayat suci Al-quran dan dengan izin-Nya Tasya akhirnya dapat ditenteramkan.
Selepas Tasya berjaya di tenangkan, mereka keluar kembali untuk bermain daun terup. Tasya hanya mendiamkan diri kerana badannya masih lemah. Eryana tak henti-henti memerhati kawasan sekeliling dan menelan air liurnya beberapa kali. Dia menggenggam erat tangan Tasya dan Shiera. Perasaan takut mula menghantui diri dan fikiran Eryana, Shiera dan Ara.
Shiera memandang ke arah Ara dan bertanya sama ada perkara ini ada kena mengena dengan mengapa Ara berasa tak sedap hati. Ara mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Ara hanya terdiam. Dia mengambil masa yang lama untuk membuka mulutnya Shiera mengenggam erat tangan Ara dan mengharapkan Ara akan berterus terang dengannya. Ara menceritakan apa yang dia nampak dan apa yang dia rasa. Shiera dan Eryana saling berpandangan apabila Ara mengatakan bahawa dia merasakan yang mereka sedang diperhatikan. Tasya hanya terdiam dan tidak menunjukkan sebarang reaksi.
“Ara, lepas ni kalau ada apa-apa beritahu kita orang, jangan rahsiakanmacam ni,” jelas Shiera. Ara mengangguk tanda faham.
Sewaktu mereka sedang bercakap, rakan-rakan lelaki mereka sedang asyik main daun terup, jadi mereka tidak mendengar apa yang baru dibincangkan.jam sudah melewati sebelas setengah malam.
Ara, Tasya, Eryana dan Shiera mengambil keputusan untuk masuk ke dalam khemah dan tidur. Mereka perlu bangun awal pagi esok untuk memasak dan solat subuh. Selepas itu, mereka akan terus melakukan aktiviti yang sudah dirancang oleh mereka.
Shah dan Syukri perlu berjaga pada waktu itu dari jam dua belas tengah malam sehingga jam dua pagi ,Izhar dan Mirul pula pada jam dua pagi sehingga jam empat pagi. Shiera ,Eryana dan Ara pula pada jam empat pagi sehingga jam enam pagi. Tasya di kecualikan kerana gangguan yang dialaminya. Sekaligus, menyediakan bahan untuk memasak sarapan pada pagi itu.
Pada ketika ini, Syukri dan Shah sedang berjaga sehingga jam dua pagi, manakala rakan yang lain tidur sehingga mereka pula yang perlu berjaga pada waktu yang telah ditetapkan. Syukri danShah berjaga sambil memakan snek dan berbual kosong.
Tiba-tiba Shah terasa hendak terkencing, dia mencapai lampu suluh daripada Syukri dan pergi ke belukar di bahagian belakang dengan membawa sedikit air untuk beristinjak. Syukri bertanya kepada Shah, sama ada hendak dia temankan atau tidak. Shah ketawa dan menggeleng.
“Kalau ada monyet masuk dalam khemah karang siapa nak bertanggungjawab? Kau tunggu je dekat sini, aku pergi dekat belakang tu je.” pesan Shah.
“Yalah, cepat sikit tau,” balas Syukri.
Shah terus menuju kea rah belukar dan
“arrghh…” jerit Shah. Syukri yang sedang bermain gitar pada waktu itu bergegas keluar untuk mendapatkan Shah. Dia berlari ke arah belukar tetapi dia tidak melihat Shah. Sedang dia berlari-lari untuk mencari Shah, dia terjatuh kerana terlanggar sesuatu. Dan dia melihat ada cahaya dari lampu suluh yang di bawa oleh Shah. Dia berteriak memanggil nama Shah berulang kali tetapi malangnya tiada jawapan daripada Shah.
Beberapa minit kemudian, Syukri melihat Shah sedang berdiri membelakangkan dia di sebalik pokok. Syukri berasa lega dan tersenyum.
“Oh! Shah, kau dekat sini rupanya, puas aku cari kau di merata tempat, rupa-rupanya kau dekat sini. Kenapa kau menjerit tadi? Buat aku cemas je,” celoteh Syukri.
Namun Shah hanya terdiam dan masih membelakangkan Syukri. Dia lansung tak mahu berpaling. Syukri berasa pelik dan dia memusingkan badan Shah untuk melihat wajahnya.
“Kenapa muka ni pucat sangat? Tadi kau okey je,” tanya Syukri.
“Dahlah, jom balik ke khemah,” sambung Syukri. Namun Shah masih tak berganjak dari situ. Syukri menarik tangan Shah, tetapi tangannya sangat sejuk. Bila Syukri berpaling ternyata yang berada di belakangnya merupakan satu lembaga yang bertaring dan matanya merah menyala. Sambil itu di tangannya dia memegang kapak yang berlumuran darah.
Oleh terlalu terkejut, Syukri jatuh dan terduduk. Dia seolah-olah telah buntu kerana terlalu ketakutan. Lembaga itu terus menghampirinya dan dia berusaha untuk bangun dan dia berlari sekencang mungkin. Dia menjerit meminta tolong. Beberapa kali dia terjatuh kerana kakinya tersadung akar-akar pokok yang menjalar liar. Tiba-tiba dia terlanggar satu tubuh di hadapannya. Dia menjerit ketakutan. Hinggalah satu tamparan kencang hinggap di pipi Syukri. Ternyata itu adalah Shah.
“Shah, tolong aku! Tolong aku! Benda tu nak bunuh aku Shah, Tolong aku!” terang Syukri sambil termengah-mengah.
“Mana ada apa-apa? Benda apa yang nak bunuh kau? Dahlah tu, Kita balik khemah dulu,” tegas Shah.
Mereka balik ke khemah dan lantas mengejutkan rakan-rakan mereka yang lain.
“Shah! Kenapa kau menjerit tadi?” tanya Syukri.
“Oh! Aku jerit sebab ..sebab…,” jawab Shah dengan tergagap-gagap.
“Sebab apa?” tanya Eryana pula.
“Sebab tadi ada … ada… ha, ada lipan kat sana,” jawab Shah seperti menafikan sesuatu.
“Alah! Kecohlah mamat ni, kacau aku tidur je tau,” jawab Eryana sambil menguap.
Syukri menceritakan apa yang berlaku ke atas dirinya. Ara, Eryana, dan Shiera saling berpandangan. Tiba-tiba Eryana terdengar suara seperti orang yang sedang ketawa. Rakan-rakannya yang lain tidak menyedari bunyi tersebut. Bunyi ketawa cakap benda yang menakutkan. Dia mengintai ke dalam khemah. Apabila dia membuka zip khemah tersebut, dia terkejut kerana melihat Tasya yang tadi sedang nyenyak tidur tiba-tiba ketawa sendirian dengan mukanya yang pucat. Matanya merah menyala memandang ke arah Eryana.
Eryana terkejut dengan pandangan tajam dari Tasya. Matanya tiba-tiba menjadi merah menyala dan sentiasa memerhatikan Eryana. Eryana terus menjerit seperti orang kerasukan. Ara dan Shiera yang memberi perhatian sepenuhnya terhadap Syukri yang sedang menceritakan apa yang berlaku terkejut kerana secara tiba-tiba Eryana menjerit.
Mereka bersama-sama membaca Ayat Qursi bagi memulihkan Eryana. Dalam masa beberapa kemudian Eryana kembali seperti sedia kala.
“Aku takut! Shiera, Ara tolong aku!,” rayu Eryana.
“Kenapa dengan kau ni? Tiba-tiba macam orang kerasukan hantu,” tanya Ara.
“Tasy…Tasya, di…dia,” jelas Eryana sambil menggigil ketakutan.
“Kenapa dengan Tasya, Eryana?” tanya Shiera. Eryana hanya menuding jari kearah khemah. Ara segera menyelak khemah dan mendapati Tasya sedang nyenyak tidur.
“Mungkin kau letih Ana, Kau pergilah berehat,” arah Shiera.
“Aku tak nak, aku takut!” jawab Eryana.
“Okey, okey, aku temankan kau,” balas Shiera.
“Ara pun nak masuk khemah sekali ke?” tanya Shiera.
“Okeylah, Ara masuk khemah dulu ya, nanti kalau ada apa-apa jangan lupa beritahu kita orang ya,” balas Ara dengan lembut. Izhar, Shah, Syukri dan Mirul hanya mengangguk.
“Aku rasa, hutan ni mesti ada ‘sesuatu’ kan?” tanya Mirul.
“Tak ada apa-apalah. Mungkin korang penat kot. Jadi, sebab tulah korang nampak benda yang bukan-bukan. Khayalan je tu.” Balas Izhar.
“Nampaknya sekarang ni kita berempat berjagalah bersama-sama sepanjang malam ni. Macam mana dengan korang? Sekurang-kurangnya taklah takut sangat kalau ada sesuatu terjadi.” Cadang Syukri.
“Kita orang setuju je.” Balas Izhar, Mirul dan Shah dengan serentak.
Bagi menghilangkan rasa mengantuk, mereka berbual-bual kosong sambil memakan snek.
Pada keesokan harinya, mereka mengejutkan rakan–rakan wanita mereka bagi menunaikan tuntutan agama iaitu solat. Seperti yang telah dirancang oleh mereka semua, selepas solat mereka perlu membuat persediaan bagi memulakan aktiviti pada pagi itu. Mereka perlu memasak sarapan pagi dan seterusnya menjalankan aktiviti di Hutan Bukit Paya. Pada pagi itu, Tasya kelihatan sudah pulih sepenuhnya.
Jam menghampiri pukul tujuh pagi. Selepas menunaikan solat, mereka mula melakukan tugasan mereka masing-masing. Eryana dan Ara sibuk membancuh air milo O. Manakala Shiera danTasya pula menyediakan roti sardin bagi mengalas perut mereka pada pagi itu.
“Yana, aku penatlah.” keluh Ara.
“Habis tu, takkan aku nak bancuh air ni sorang-sorang? Mana adil macam tu.”
“Bukan macam tu. Maksud aku, aku rasa tak sedap badan .”
“Kenapa? Kau sakit ke?”
“Entahlah.”
“Mana boleh macam tu. Kalau kau sakit, kau beritahulah aku.”
“Hoi! Korang mengumpat aku ya?” sergah Tasya.
“ Kau ni suka sergah orang macam tu. Terkejut aku dibuatnya.” Celoteh Ara.
“Budak tu dah sihatlah tu.”Sindir Eryana.
“Dahlah tu. Korang buat air lebih lambat daripada kita orang nak sediakan makanan.”ujar Tasya.
“Yelah..dah siap lah ni. Air ni yang lambat nak masak, sebab tu lambat.” balas Ara.
“Macam mana korang tak lambat. Api ni kecil sangat. Dah, cepat sikit. Lepas ni nak pergi mandi lagi.” keluh Tasya.
“Mandi? Ha, bila cakap pasal mandi ni baru aku teringat.”ujar Eryana.
“Ingat apa?” sampuk Ara dan Tasya serentak.
“Aku punya badan gatal-gatal sebab mandi kat sungai tu. Aku tak nak mandi lagi lah. Krim untuk kulit aku yang sensitif ni pun aku tak bawa.”
“Kau ni memang suka buat orang panik tau. Aku ingatkan ada apa benda la tadi.” ujar Tasya sambil tangannya mencubit Eryana.
“Hoi! Korang buat apa lagi tu? Cepat la sikit.” sampuk Shiera yang baru selesai menyediakan makanan.
Sewaktu mereka sibuk menyediakan sarapan, rakan-rakan lelaki mereka sedang membersihkan di sungai. Mereka mandi-manda dengan seronok seolah-olah sudah melupakan insiden yang berlaku semalam.
Beberapa minit kemudian, mereka naik semula bagi mengganti pakaian. Mereka tidak berendam terlalu lama kerana mereka tidak sanggup untuk berada di dalam air yang dingin. Lebih-lebih lagi pada waktu pagi. Sejuknya mencengkam sehingga ke tulang hitam.
Selepas itu, mereka berjalan untuk kembali semula ke khemah. Izhar, Mirul dan Syukri berjalan membelakangkan Shah. Tiba-tiba Shah merasakan bahawa ada sesuatu yang meniup di telinganya. Shah menguatkan hatinya untuk sentiasa ingat kepada Allah bagi mengatasi rasa takutnya. Kemudian dia masih diuji. Dia merasakan ada sesuatu yang memegang tengkuknya. Jari-jemari tersebut sangatlah sejuk. Kali ini Shah tidak dapat lagi mengawal perasaannya. Dia menjerit sekuat hati. Rakan-rakannya yang berjalan membelakangkannya lantas berpaling dan cuba untuk menenteramkannya. Rakan-rakan wanita mereka juga berlari ke arah mereka bagi melihat apa yang berlaku setelah mereka mendengar jeritan Shah.
Setelah beberapa kali membaca Ayat Kursi, akhirnya Shah berjaya ditenteramkan. Mereka semua berasa semakin tidak sedap hati setelah berlakunya berbagai insiden. Namun mereka tidak berputus asa untuk meneruskan perkhemahan mereka.
Selepas itu, rakan-rakan wanita mereka pula pergi ke sungai untuk membersihkan diri. Tetapi mereka tidak berani untuk berada di situ terlalu lama. Setelah mandi ala kadar sahaja, mereka segera kembali ke khemah untuk bersarapan pula sebelum memulakan aktiviti mereka pada hari tersebut.
Sekembalinya mereka di tapak perkhemahan, mereka melihat rakan-rakan lelaki mereka sedang mendirikan ampaian bagi menyidai baju mereka. Mereka menggunakan tali dan kayu yang diperoleh daripada sekitar kawasan hutan tersebut bagi membuat ampaian tersebut. Setelah siap membuat ampaian, mereka menyidai baju-baju mereka yang basah bagi mengelakkan daripada baju tersebut terperap dan berbau.
Setelah selesai membuat ampaian, mereka bersarapan bersama-sama sambil berbincang mengenai aktiviti yang bakal dijalankan.
Semasa perbincangan mereka sedang berjalan, Shah merasakan bahawa mereka sememangnya sedang diperhatikan. Bulu romanya berdiri tegak dan degupan jantungnya menjadi semakin kencang. Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan Shah pada waktu tersebut. Dia menggosok-gosok tengkuknya seolah-olah masih terasa sentuhan yang dialaminya sebentar tadi. Jari-jemari tersebut sangatlah sejuk. Pelbagai persoalan berputar ligat di dalam fikiran Shah.
”Shah, kau rasa bila kita nak mulakan aktiviti?” tanya Izhar
”Shah! Shah!” panggil Izhar dengan lebih kuat.
Shah yang sedang mengelamun lantas tersedar.
“Oh! Apa yang kau cakap tadi?” tanya Shah.
“Kau ni ada masalah ke? Kalau ada masalah ceritalah dengan kitorang semua.” tanya Izhar
”Aku tak ada apa-apa masalah,”
”Tadi aku tanya kau. Kau rasa bila kita patut jalankan aktiviti yang kita rancang?”
”Aku ikut korang je.”
”Mana boleh macam tu,. Aku tengok kau macam dah tak minat je nak berkhemah kat sini?”
”Ya. Memang pun. Memang aku dah tak minat langsung nak berkhemah kat sini.puas hati kau?”
”Hei! Kenapa dengan kau ni? Tak puas hati cakap la”
”Wei, takkan korang nak gaduh sebab perkara kecil. Cubalah bawa bertenang. Perkara ini masih boleh dibawa berbincang kan?” ujar Syukri cuba untuk meredakan keadaan.
Selepas itu Shah beredar dan menuju ke sungai. Ara mengikuti Shah dan pergi ke sungai sementara yang lain berada di tapak perkhemahan bagi meredakan keadaan.
Shah duduk di atas sebuah batu yang besar di bahagian tengah sungai dan diekori oleh Ara yang duduk bersebelahan dengannya. Shah membaling beberapa biji batu kecil ke dalam sungai bagi melepaskan geramnya.
“Ara faham kenapa Shah marah tadi. Shah tak ada niat pun sebenarnya nak marah Izhar tadi. Ara tahu Shah tertekan dengan gangguan-gangguan yang menghantui Shah. Walau apa pun yang terjadi, Shah kena ingat yang Ara sentiasa berada di pihak Shah. Ara sayang dekat Shah, tapi....,”
Ara tidak menghabiskan kata-katanya. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Shah berpaling dan memandang tepat ke arah anak mata Ara. Dia begitu terharu dengan kata-kata yang diucapkan oleh Ara. Lantas dia mengesat air mata yang bercucuran jatuh dari tirai mata Ara. Dia begitu mencintai Ara, tetapi Ara sering menolak cintanya tanpa sebab dan bukti yang kukuh.
”Tapi apa?” tanya Shah.
”Betul Shah nak tahu? Kenapa Ara tolak cinta orang yang paling Ara cintai? Kenapa Ara cuba untuk berpaling daripada Shah?”
”Kenapa Ara? Kenapa?” desak Shah supaya Ara berterus-terang.
”Masih ingatkah Shah pada malam hari lahir Ara? Ingatkah Shah kepada lelaki yang Ara kenalkan sebagai teman lelaki Ara? Ara dapat bayangkan bagaimana hancurnya hati Shah sewaktu Ara mengatakan bahawa Ara sudah bertunang dengannya. Tetapi, Ara buat semua tu bukannya sebab Ara pentingkan diri sendiri. Ara melakukan semua tu sebab Ara hendak menjauhkan diri daripada Shah. Ara berusaha untuk membuat Shah benci kepada Ara. Tahukah Shah betapa merananya Ara apabila Shah berpaling daripada Ara? Sebenarnya lelaki yang Shah jumpa itu merupakan abang ipar Ara yang pulang ke Malaysia pada waktu itu bagi menghadiri hari ulang tahun Ara. Kehidupan di London telah membuatkan kakak kandung Ara sendiri terlalu sibuk dengan pekerjaannya sehinggakan tidak sempat untuk balik ke Malaysia. Oleh itu, abang ipar Ara yang datang sebagai wakil kakak Ara. Untuk pengetahuan Shah, sebenarnya Ara menghidapi sejenis penyakit yang tiada ubatnya. Ara hanya mempunyai beberapa bulan saja untuk hidup lagi, Shah. Ara sakit, Shah. Kanser otak peringkat akhir. Ara kini hanya menanti masa untuk ‘pergi’ saja.
Bergenang air mata Shah mendengar perakuan daripada Ara. Tidak pernah disangkanya bahawa Ara menyembunyikan penyakitnya di sebalik senyum dan tawanya. Bergolak jiwa Shah.
”Kenapa baru sekarang Ara nak beritahu dengan Shah. Kenapa? Mengapa setiap orang yang Shah sayang akan pergi meninggalkan Shah. Ara, lepas ni kita kahwin. Shah mahu menjadi orang yang terakhir bersama Ara. Shah nak Ara menjadi isteri Shah yang sah walaupun dalam masa yang singkat. Shah nak bahagiakan Ara”
Shah menggenggam erat tangan Ara.
“Betul Shah nak Ara bahagia?”
Shah mengangguk.
”Tinggalkan Ara. Apa gunanya kalau Ara yang bahagia dan kemudiannya Shah yang merana? Ara bahagia jika Shah bahagia.”
“Ara, percayalah bahawa Shah tulus mencintai Ara. Biarpun yang akan Shah jalani kemudiannya cuma sisa kehidupan bersama Ara.”
”Shah kalau Ara dah tak ada lagi, Ara tak nak lihat Shah bersedih ya. Shah perlu teruskan kehidupan Shah. Shah kena janji dengan Ara. Janji?”
Shah tidak menjawab pertanyaan Ara. Manik-manik putih mula gugur dari tubir matanya. Dia menggenggam erat tangan Ara. Dia memandang tepat ke arah anak mata Ara.
Mereka meluahkan perasaan masing-masing bersulamkan air mata. Ketulusan hati mereka tidak dapat disembunyikan dengan kehadiran air mata yang menjadi bukti percintaan mereka.
Tiba-tiba terdengar satu jeritan yang datangnya dari dalam hutan. Shah dan Ara tergamam. Kemudian kelihatan sahabat-sahabat mereka berlari kearah mereka.
”Wei, kenapa ni? Korang nangis-nangis kat sini?” tanya Shiera.
”Mana ada kitorang nangis.” balas Shah
”tapi aku rasa tadi aku dengar macam bunyi suara orang menjerit” sampuk Eryana pula.






bErSaMbUnG....