Khamis, 20 Ogos 2009

MaSiHkAh KaU InGaT...

http://www.4shared.com/file/48406799/f5f4ca4a/Kopratasa_-_Masihkah_Kau_Ingat.html
Kopratasa - Masihkah Kau Ingat.mp3
[URL=http://www.4shared.com/file/48406799/f5f4ca4a/Kopratasa_-_Masihkah_Kau_Ingat.html]Kopratasa - Masihkah Kau Ingat.mp3[/URL]

My FrIeNdS


Find more photos like this on vision consultant

Siapakah Yang Kejam?

Mengikuti kes kehilangan gadis sunti Nurin Jazlin memang mengharukan. Namun, betapaun keluhan dan penyesalan yang kita orang lain perkatakan, ia tidak akan sama sekali sama dengan apa yang dirasai oleh kedua ibu bapa Nurin. Apa pun, sebagai menumpang kesedihan dan memberi semangat kepada keluarga Nurin, tidak salah kita turut berasa kesal ke atas pembunuhan Nurin. Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarhamah.

Setelah pihak berkuasa mengesahkan bahawa mayat yang dihantar ke, dan dijumpai di depan pintu sebuah pejabat yang terisi dalam sebuah beg adalah mayat Nnurin, pelbagai pihak menyuarakan kekesalan mereka. Malah hampir semua yang sempat ditemubual oleh pihak akhbar memberikan reaksi sangat marah dan kesal sehingga ada yang mendesak kerajaan untuk berbuat sesuatu. Di peringkat agensi kerajaan dan badan NGO, mereka turut bertungkus lumus memikirkan cara terbaik menangani kes seperti yang berlaku ke atas Nurin dan supaya tidak berulang untuk kali kedua.

Saya tidak menyentuh tentang kes ini secara spesifik. Namun ia harus dijadikan rujukan. Setelah mengikut kes Nurin dan setelah mengikuti reaksi orang ramai serta pihak media, saya berpendapat sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa melaksanakan sistem perundangan paling adil iaitulah sistem Hukum Hudud. Saya berkesimpulan bahawa semua orang yang waras setuju agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pelaku salah khususnya yang membabitkan pembunuhan seperti dalam kes Nurin. Dalam undang-undang sedia ada, seseorang yang didapati bersalah membunuh boleh dikenakan hukuman mati. Ini telah dilaksanakan ke atas Mona Fendi dan pembantunya Juraimi, apabila mereka disabitkan bersalah membunuh Datuk Mazlan satu ketika dahulu.

Nah, jika peruntukan tersebut sudah ada dalam sistem perundangan sedia ada, alangkah ruginya kita (tidak mendapat keberkatan Allah) ke atas hukuman yang dikenakan ke atas Mona Fendi dan Juraimi itu? Kerana walaupun cara pelaksanaannya sama seperti cara hukum hudud, tetapi nawaitunya sangat berlainan sekali sedangkan kita (orang muslim) semua tahu bahawa untuk mendapatkan pahala, ia bergantung pada niat.

Adakah kerana hukuman demi hukuman yang dilaksanakan ke atas pesalah di negara Malaysia ini dilakukan berdasarkan sistem keadilan manusia, menyebabkan hukuman tersebut gagal untuk membentuk masyarakat kerana ia tidak mendapat keberkatan Allah? Wallahu A'lam.

Yang jelas, semakin ramai orang dihukum gantung kerana mengedar dadah, semakin ramai pengedar yang ditangkap, atau semakin banyak dan pelbagai jenis dadah yang diedarkan. Alangkah bagusnya kalau orang yang mati dihukum gantung kerana mengedar dadah itu mati sebagai 'pengebom berani mati'? Sekurang-kurangnya nama mereka disanjung oleh segelintir manusia walaupun dilaknat oleh Bush yang memang terlaknat itu.

Siapakah yang kejam? Adakah orang yang melakukan kekejaman itu atau orang mengetahui akan berlaku kekejaman atau mengetahui cara menyelesaikan tetapi tidak bertindak untuk mengelakkan atau menghalang kekejaman tersebut?

Kesimpulan, sudah sampai masanya untuk kerajaan memikirkan pelaksanaan hukuman hudud yang diberkati Allah itu, mudah-mudahan ia dapat memberi pengajaran kepada manusia seluruhnya.



...ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya hambaMu ini amat lemah untuk menguasai diri hamba sendiri apatah lagi orang lain, maka bantulah hamba, peliharalah hamba dan keluarga hamba daripada sebarang fitnah dan kejahatan orang-orang berhati iblis itu...amin ya Rabbal alamin...

RuMaH HaNtU..

http://www.4shared.com/file/58902846/24ef6abc/Pesta_Rap_-_Rumah_Hantu.html
Pesta Rap - Rumah Hantu.mp3
[URL=http://www.4shared.com/file/58902846/24ef6abc/Pesta_Rap_-_Rumah_Hantu.html]Pesta Rap - Rumah Hantu.mp3[/URL]

HaNtU..

http://www.4shared.com/file/101503649/3eac80a8/MIX_-_Hantu_Ost_Ceplos_.html
M.I.X_-_Hantu(Ost Ceplos).mp3
[URL=http://www.4shared.com/file/101503649/3eac80a8/MIX_-_Hantu_Ost_Ceplos_.html]M.I.X_-_Hantu(Ost Ceplos).mp3[/URL]

BlAcK EyEd PeAcE_BoOm BoOm PoW..

http://www.4shared.com/file/96982292/ac5b70ed/Boom_Boom_Pow___Oficial_Music_.html
Boom Boom Pow !!! (Oficial Music).mp3
[URL=http://www.4shared.com/file/96982292/ac5b70ed/Boom_Boom_Pow___Oficial_Music_.html]Boom Boom Pow !!! (Oficial Music).mp3[/URL]